29 December 2008

SALAM TAHUN BARU HIJRAH 1430 H

SURAU AL MUSTAQIM SAUJANA UTAMA MENGUCAPKAN SALAM MA'AL HIJRAH 1430 H KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT KHASNYA KEPADA SELURUH USRAH DAN JAMAAH AL MUSTAQIM. TAK DILUPAKAN KEPADA SEKELIAN PENDUDUK SAUJANA UTAMA. SEMOGA IMAN DAN UKHUWAH KITA ALKAN SEMAKIN SUBUR PADA TAHUN BARU INI. AMIN

19 December 2008

EN NASIR PENGHULU MAPLE

Pandangan Ikhlas dari En. Hanafi Moghni

salam....saya sekadar memberikan pandangan....

memandangkan surau kita sekarang ini dalam keadaan yang sangat uzur saya mencadangkan perkara seperti berikut:
1. bina surau di atas tapak sediada dengan menggunakan kaedah pembinaan 'light weight construction' menggunakan material yang murah, tahan, dan sebagainya.

2. antara faedah adalah seperti berikut:

a. tidak memerlukan kos sub structure yang tinggi,
b. dapat memberikan suasanan yang selesa daripada surau sekarang ini.
c. kaedah pembinaan yang cepat.
d. penjimatan kos tanpa kita perlu menunggu sehingga kutipan mencapai target yang disasarkan untuk pembinaan konvensional.
e. disamping kta menunggu kos untuk pembinaan konvensional yang tidak tahu bila akan cukup mungkin boleh dipertimbangkan untuk kaedah pembinaan ini, yang mungkin tidak dapat mencapai cadangan rekabentuk sedia ada, tapai sekurang-kurangnya ia lebih selesa daripada bangunan surau sediada.

3. jika perlu maklumat atau gambaran lebih lanjut mungkin kita boleh buat satu mesyuarat untuk pembentangan yang lebih terperinci tentang kaedah pembinaan tersebut dan kita akan dapat menerima maklumbalas daripada seluruh ahli surau.....

sekadar pandangan ikhlas...dan amat berharap maklumbalas dari orang ramai demi kesejahteraan surau kita....

MOHD HANAFI MOGHNI
MAPLE SU1......
012-694 4826

16 December 2008

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TAPAK SURAU






Tudiaa, sebahagian usrah mustaqim sedang bermadi peluh menabur bakti membersihkan tapak surau al Mustaqim. Insya Allah, menurut maklumat dari Pengerusi Surau, En Azmi, sejumlah RM50, 000 telah aktif dalam akaun pembinaan surau. Alhamdulillah, berkat kesabaran, satu hati dan ukhuwah yang ada, hadir pertolongan Allah SWT. Insya Allah, progres pembinaan akan berjalan lancar. Pakat kita doa sama2 kepada Allah agar dipermudahkan segala usaha ke arah meninggikan syiraNya. Pun begitu, pihak pengurusan surau Al Mustaqim masih lagi mengalu-alukan sumbangn dan derma ikhlas (jariah atau waqaf) dari sekelian muslimin dan muslimat di mana sahaja anda berada. Hulurkan sumbangan anda ke tabung pembangunan surau Al Mustaqim seikhlas hati anda. Jazakumullah kami ucapkan.

TAPAK SURAU AL MUSTAQIM SAUJANA UTAMA


haa, kalau nak tahu, inilah dia tapak surau al Mustaqim yang digazetkan. Di atas tapak inilah sama2 kita akan bina surau Al Mustaqim yang mudah-mudahan menjadi mercu tanda ukhuwah atau Ramzul Mahabbah sekelian usrah mustaqim. Menerusi misi dan visi suci ini, ayuh kita berganding bahu dan tenaga mengaktifkan saham akhirat kita demi mencapai keredhaan Allah. Amin.

MAJLIS SILATURRAHIM USRAH MUSTAQIM






Program santai Usrah Mustaqim cadangan chef amin ni, alhamdulillah akhirnya berlangsungnya jayanya. terimakasih lah ya kepada semua sponsor kita. Apa lagi, layan ala2 BBQ la. Ayam ada, ikan keli ada, sutun ada, hmm kambin pun ada. Biarpun pertama kali, tapi punya la meriah. Bukan anak2 je suka, bapa2 pun lagi suka.

13 December 2008

Intipati Kuliah Hadis, 9.12. 2008

SEDUTAN KULIAH HADIS OLEH USTAZ AMAL

Hadis yang dibincangkan kali ini ialah berkenaan 3 penjelasan penting di dalam Islam yang sekaligus menolak pandangan sinis dan dangkal terhadap kesyumulan dan keindahan dinul Islam.
Dalam hadis ini Rasulullah saw menegaskan bahawa sedekah tidak akan megurangkan harta (seseorang), dan Allah tidak akan menambahkan ke atas diri seseorang yang memberikan kemaafan (kepada orang lain) melainkan dikurniakan kepadanya kemuliaan dan tidaklah seseorang yang bertawadhuk kerana Allah melainkan Allah akan mengangkatkan (darjat)nya". (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah ra).

Hj Badrul Hisyam



Kalau nak kenal, inilah dia Setiausaha surau Al Mustaqim, Saujana Utama. Kira orang kuat laa. Hj Bad @ Hj Syam ni orang seni. Iklan-iklan surau Al Mustaqim, Hj Badlah yang sediakan. Adik-adik peminat majalah asuh juga tentu kenalkan. Inilah dia pakcik Bad, penulis dan pelukis cerita Syaitan kat dalam majalah Asuh.