24 March 2009

Status Pembinaan Surau Al-Mustaqim sehingga 22 Mac 2009

KULIAH MOTIVASI REMAJA DENGAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA- 19 MAC 2009

Aturcara:
6.45 ptg : Pendaftaran dan berkumpul di Surau Al-Mustaqim
7.20 ptg : Taklimat kuliah
7.30 ptg : Solat Maghrib berjemaah
7.45 ptg : Kuliah Motivasi oleh Ust. Hj. Hashim Ahmad- Fitrah Perkasa S/B
9.30 mlm: Jamuan

Program motivasi anjuran surau khusus untuk remaja 11-18 tahun sempena cuti sekolah. Dianggarkan lebih 100 orang kanak-kanak dan remaja dari serata Saujana Utama menghadiri kuliah tersebut. Di awal kuliah ini, Ust. Hj. Hashim Ahmad telah menyentuh serba sedikit tentang keperibadian Rasullullah SAW dan sahabat baginda dengan menggunakan persembahan multimedia yang mengkhusyukan para hadirin.






11 March 2009

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H

8 Mac 2009 - Gotong-royong menyediakan kemudahan solat & ceramah (khemah tambahan)

9 Mac 2009
Selepas Zohor:
Gotong-royong menyediakan juadah iaitu bubur kacang durian dan nasi beriani


Selepas Asar:
Majlis Halaqah Selawat Nabi S.A.W yang dipimpin oleh Ustaz Amal


Selepas Maghrib:
Ceramah Perdana Maulidur Rasul oleh Ustaz Hj. Mohd Nasib Zawawi

Pembukaan-Persembahan Nasyid
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Hj. Mohd Nasib Zawawi
Sekalung penghargaan kepada penderma-penderma yang menyumbang dari segi tenaga, wang, masa dan lain-lain demi untuk menjayakan aktiviti yang mulia ini. Semoga Allah memberkati kita semua. Amin.