13 December 2008

Intipati Kuliah Hadis, 9.12. 2008

SEDUTAN KULIAH HADIS OLEH USTAZ AMAL

Hadis yang dibincangkan kali ini ialah berkenaan 3 penjelasan penting di dalam Islam yang sekaligus menolak pandangan sinis dan dangkal terhadap kesyumulan dan keindahan dinul Islam.
Dalam hadis ini Rasulullah saw menegaskan bahawa sedekah tidak akan megurangkan harta (seseorang), dan Allah tidak akan menambahkan ke atas diri seseorang yang memberikan kemaafan (kepada orang lain) melainkan dikurniakan kepadanya kemuliaan dan tidaklah seseorang yang bertawadhuk kerana Allah melainkan Allah akan mengangkatkan (darjat)nya". (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah ra).

No comments: