04 October 2010

Majlis Rumah Terbuka Surau Al-Mustaqim 1431H/2010M

Suasana rumah terbuka



Kehadiran YB Amiruddin, ADUN Jeram
         

Duit Raya...



Selingan nasyid oleh adik-adik IKRAM



Kunjungan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Zulkefli


09 September 2010

Majlis Sumbangan Aidilfitri 1431H/2010M

Sumbangan kepada Golongan Fakir Miskin & Fisabilillah oleh Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, En. Fakharuddin


Sumbangan Khas oleh Ustaz Amal & AJK Surau Al-Mustaqim kepada Pengerusi, Hj. Ibrahim


Penyampaian Cenderahati & Sijil Kepada Imam Tahfiz, Bilal , AJK Biro Sajian & Pusat Tahfiz Azzarah oleh Ustaz Hj. Hashim 


                             Sumbangan Cenderahati kepada  peserta     Tadarus Al-Quran & Sukarelawan Muslimah oleh Hj. Ibrahim

Anugerah Kanak-Kanak Contoh Ramadhan 1431H/2010M

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H/2010M

Semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Pandu cermat jiwa selamat!!!

Ikhlas,
Ahli Jawatankuasa Surau Al-Mustaqim Sesi 1431H/2010M

28 August 2010

18 August 2010

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H/2010M


Assalamualaikum,                   

Ketibaan bulan Ramadhan 1431H/2010M tidak lama, sebagaimana lazimnya setiap tahun AJK Surau Al-Mustaqim menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak ini dengan mengadakan beberapa aktiviti dengan tujuan untuk mengimarahkan syiar Ramadhan khususnya untuk ahli-ahli qariah.

Untuk makluman, pihak surau telah merancang beberapa aktiviti sepanjang bulan Ramadhan nanti. Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan adalah seperti berikut;
      a.      Solat Sunat Terawih (8 rakaat)/Witir (3 rakaat) oleh Imam Tahfiz jemputan
b.      Tazkirah Ramadhan oleh Pentazkirah Jemputan (jadual tazkirah sila rujuk lampiran)
c.      Majlis Berbuka Puasa anjuran Surau Al-Mustaqim
d.      Majlis Tadarus Al-Quran
e.   Doa Arwah & Tahlil khusus untuk ahli jemaah yang berhajat 
f.   Moreh

Justeru itu, marilah bersama-sama kita mengimarahkan surau yang kita cintai ini dengan amal ibadah yang berlipat kali ganda dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini.  Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Ikhlas,
Ahli Jawatankuasa Surau Al-Mustaqim.




31 July 2010


  CERAMAH KHAS
PENGALAMAN BEKAS PADERI BERTARAF ANTARABANGSA (IFS)
”Dari Kegelapan ke Cahaya Illahi”
oleh
TUAN HJ. AYOB ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH

Tarikh:
31 JULAI 2010 (SABTU)

Masa:
SELEPAS SOLAT MAGHRIB (7.45 PM)

Tempat:
SURAU AL-MUSTAQIM
Jalan Lili 1, SU 1, Saujana Utama

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!
(Bukan islam juga boleh hadir)

05 July 2010


CERAMAH PERDANA
ISRAK MIKRAJ
oleh
USTAZ HJ. ROJIHAN B. GHAZALI
 (Bekas Pegawai Agama JAIP, Motivator, Pendakwah, Penceramah Radio IKIM & Program Tanyalah Ustaz TV9)


Tarikh:
10 JULAI 2010 (SABTU)

Masa:
SELEPAS SOLAT MAGHRIB (7.45 PM)

Tempat:
SURAU AL-MUSTAQIM
Jalan Lili 1, SU 1, Saujana Utama
Datanglah beramai-ramai bersama keluarga!!!
(JAMUAN DISEDIAKAN)

25 June 2010

WASIAT RASULULLAH S.A.W. KEPADA SAIDINA ALI

“Wahai Ali, bagi orang MUKMIN itu ada tiga (3) tanda;
1. TIDAK terpaut hatinya kepada harta benda dunia,
2. TIDAK terpesona dengan pujuk rayu wanita,
3. BENCI terhadap perbualan dan perkataan yang sia-sia.”

“Wahai Ali, bagi orang yang ALIM itu ada tiga (3) tanda;
1. JUJUR dalam berkata-kata,
2. MENJAUHI segala yang haram,
3. MERENDAHKAN diri.”

“Wahai Ali, bagi orang yang BERTAQWA ada tiga (3) tanda;
1. TAKUT berlaku dusta dan keji,
2. MENJAUHI kejahatan,
3. MEMOHON yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.”

“Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR ada tiga (3) tanda;
1. MERAHSIAKAN ibadahnya,
2. MERAHSIAKAN sedekahnya,
3. MERAHSIAKAN ujian yang menimpanya.”

“Wahai Ali, bagi ahli IBADAH ada tiga (3) tanda;
1. MENGAWASI dirinya,
2. MENGHISAB dirinya,
3. MEMPERBANYAKAN ibadah kepada Allah SWT.”

26 May 2010

Notis Ceramah Umum 4 2010


CERAMAH UMUM
Bil. 04/2010
Oleh
Ustaz Zaid Hamzah
(Pendakwah Bebas)


TARIKH:
30 MEI 2010 (AHAD)

MASA:
SELEPAS SOLAT MAGHRIB

TEMPAT:
SURAU AL-MUSTAQIM
Jalan Lili 1, SU 1, Saujana Utama


SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

Carta Alir & Keterangan Proses Permohonan Penggunaan Kewangan Surau Al-Mustaqim

Adalah dimaklumkan, segala perkara berkaitan pengeluaran wang Surau Al-Mustaqim adalah tertakluk kepada proses seperti yang di bawah berkuatkuasa 1 Jun 2010.

22 May 2010

Risalah_Kegunaan Akal

KEGUNAAN AKAL

(Petikan dari Buku “Falsafah Hidup” oleh Profesor Dr. Hamka)

 


Akal adalah alat untuk berfikir, dialah hulu nikmat. Lantaran akal datang taklif perintah agama. Di dalam agama barulah sah perintah dipikulkan bila seseorang telah mempunyai akal. Tidaklah terpikul agama oleh seseorang gila atau anak-anak yang belum berakal. Untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat, ialah dengan melalui jambatan akal. Dengan akal meningkat tangga mengenal tuhan dan dengan akal di atur rahsia pendirian alam. Diberikan-Nya kepada hamba-hamba-Nya seorang satu. Kalau mereka pandai menggunakannya, bergunalah mereka pada waktu hidup sampai ke mati. Dengan akal membongkar rahsia yang tersembunyi, dengan akal terbuka hijab yang tertutup.

 

Datang seorang lelaki, dari suku Bani Majasyi menghadap Rasullullah SAW lalu dia berkata; “Ya Rasullullah, bukankah hamba seorang yang terutama di dalam kaumku?” Rasullullah SAW menjawab; “Jikalau ada engkau berakal, maka utamalah engkau, jika ada engkau sopan maka budimanlah engkau, jika ada engkau berharta maka disukailah engkau, dan jika ada engkau taqwa maka beragamalah engkau.

 

Pernah Jibril datang kepada Nabi Adam, lalu disuruh pilih di antara tiga perkara iaitu pertama: Akal, kedua: Malu dan ketiga: Agama; lalu dipilih Nabi Adam ialah Akal. Maka berkata Jibril kepada Malu dan Agama, Pulanglah engkau keduanya kerana telah dipilih Akal”.  Lalu keduanya menjawab “Disuruh pulang atau tidak, kalau Akal telah dipilihnya, tidaklah dapat kami berdua meninggalnya, sebab kami berdua ini adalah pengiring Akal”.

 

Menurut riwayat, Anas pernah dipuji-puji orang sebagai seorang sahabat yang dekat dengan Rasullullah SAW, dipuji ibadatnya, dipuji perangainya, dipuji keimanannya, adab dan sopannya. Tetapi Rasullullah SAW tiada mempedulikan pujian-pujian itu, beliau hanya bertanya “Bagaimanakah Akalnya?” Lalu mereka menjawab, “Kami sebut segala macam kelebihannya, tetapi Rasullullah SAW tanya juga akalnya”. Maka Rasullullah SAW menjawab “Sesungguhnya orang yang bodoh tetapi rajin beribadat telah tertimpa bahaya lantaran bodohnya lebih besar daripada bahaya yang menimpa lantaran kejahatan orang yang durjana. Yang mengangkat manusia kepada darjat dekat kepada Tuhan ialah menurut kadar Akal mereka jua”.

 

Dalam diri manusia ada 3 kekuatan;

1.              Kekuatan AKAL

Kekuatan AKAL membawa orang kepada hakikat menjauhkan daripada yang batil, tunduk kepada hokum-hukum Allah, menerima perintah dan menjauhi larangan.

 

2.              Kekuatan MARAH

Kekuatan MARAH, itulah yang menyuruh menangkis dan bertahan, mengajak mencapai kekuasaan dan kemenangan dan kadang-kadang menyuruh bangga, sombong dan takbur.

 

3.              Kekuatan SYAHWAT (nafsu)

Kekuatan SYAHWAT, yang mengajak melepaskan kehendak hati mencapai kelazatan, menyuruh lalai, menyuruh perkara-perkara yang melalaikan sehingga lupa memikirkan akibatnya.

 

Seorang ahli ilmu jiwa (psikologi) yang terkenal, Dr. Amir berkata, “Bahawa saya perasan, Syahwat (nafsu) dan Marah adalah laksana kuda yang berlari dan Akal laksana kusir (penunggang) yang memegang kekangnya”.

 


21 May 2010

Kecurian di Surau Al-Mustaqim

Satu kejadian kecurian telah berlaku hari ini, di mana Tabung Pembinaan Surau Al-Mustaqim yang diletakkan di dalam surau telah diumpil-pecahkan. Kejadian dipercayai berlaku pada waktu tengah hari iaitu waktu Solat Jumaat.  Pihak surau amat dukacita dengan kejadian ini kerana tergamak orang yang melakukan perkara mungkar di dalam rumah Allah ini. Justeru itu, pihak surau akan berusaha meningkatkan tahap keselamatan surau pada masa akan datang. Semoga, orang-orang melakukan jenayah ini akan bertaubat...


17 May 2010

Ceramah Umum Bil. 3/2010 oleh Ustaz Kamarul Zaman B. Noor Mohamed

Ustaz Kamarul Zaman B. Noor Mohamed, Naib Pengerusi, Hidayah Centre telah menyampaikan ceramah berkenaan dakwah. Beliau mengupas peranan dan pendekatan dalam berdakwah. Sangat menarik lagi apabila beliau berkongsi pengalaman-pengalaman yang pernah dilalui sebagai pendakwah.


15 May 2010

MAJLIS DOA SELAMAT & KESYUKURAN

bagi merai kecemerlangan pelajar-pelajar UPSR, PMR, SPM 2009 & akan melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tempatan Awam (IPTA) 2010


TARIKH:

27 MEI 2010 (KHAMIS)

MASA:

SELEPAS SOLAT MAGHRIB


Pihak surau Al-Mustaqim mengalu-alukan para pelajar di kalangan anak kariah (Kejiranan Maple, Apartment Iris & Jalan Lili SAHAJA) untuk mendaftar diri bagi dirai dan menerima cenderahati dari pihak surau di atas kejayaan yang diperolehi.

SYARAT-SYARAT:

  1. Para pelajar mendapat minimum 3A (UPSR), 5A (PMR) & 5A (SPM) dalam peperiksaan berkaitan padatahun 2009.
  2. Para pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi kemasukan 2010 SAHAJA.
  3. Tarikh Tutup Pendaftaran : 26 MEI 2010

Borang penyertaan boleh didapati di Surau Al-Mustaqim. Maklmumat lanjut sila hubungi Hj. Ibrahim (0173579478)/ En. Zuraimi (0193372917)/ En. Shafie (0132171353)/ En. Arif (0123483439)/ En. Arshad (0129106343)


SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

(Keluarga pelajar yang dirai digalakkan hadir bersama di dalam majlis ini)

02 May 2010

Kemajuan Pembinaan Surau Al-Mustaqim pada 30.4.2010

Berdasarkan jumlah kutipan sumbangan yang diperolehi, pihak surau telah memutus meneruskan pembinaan Surau Al-Mustaqim yang telah ditangguh semenjak ramadhan 2009. Kerja-kerja pembinaan akan melibatkan pembinaan dewan solat muslimah, tempat wudhuk, dan tandas. Pihak surau mensasarkan menjelang ramadhan 2010 kemudahan-kemudahan ini dapat digunakan.