08 December 2009

Majlis Doa Selamat Sempena Khatan adik Muhammad Luqman Hakimi B. Zulkifli

Satu Majlis Doa Selamat untuk adik Muhammad Luqman Hakimi Bin Zulifli telah diadakan selepas solat Isyak. Majlis ini diadakan kerana beliau akan dikhatankan pada 10.12.2009 bersamaan hari khamis di Klinik Balqis, Saujana Utama. Semoga adik Luqman akan selamat dikhatankan dan menempuhi alam dewasa sebagai insan yang bertaqwa dan taat pada ibubapa.

Ustaz Amal mengetuai Majlis Doa Selamat.

Ayahanda adik Luqman, En. Zulkifli B. Isa

Adik Luqman (berbaju biru) disisi Ustaz Amal

27 November 2009

HARI RAYA AIDILADHA 2009 - 1

Bersempena sambutan Aidiladha 2009, Surau Al-Mustaqim telah menerima tempahan sebanyak lima ekor lembu iaitu 3 ekor Korban dan 2 ekor Aqiqah. Majlis penyembelihan kesemuanya telah diadakan selepas Solat Sunat Aidiladha dan pengagihan pula selepas Solat Jumaat. Sementara jamuan perdana diadakan selepas solat Magrib. Pihak surau ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua peserta ibadah korban dan aqiqah serta ahli kariah yang datang bersama-sama menjayakan gotong-royong pada hari tersebut.

HARI RAYA AIDILADHA 2009 - 2

HARI RAYA AIDILADHA 2009 - 5

21 October 2009

Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Surau Al-Mustaqim

Majlis Doa Selamat Sempena Hari Ulang Tahun Ke-7 Adik Muhammad Hariz Izzudin B. Mohd Afifee

Pihak surau mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke 7 kepada adik Muhammad Hariz Izzudin B. Mohd Afifee pada hari ini. Beliau dilahirkan pada 20.10.2002. Semoga adik Hariz akan dilimpahkan rahmat kepadanya dan menjadi insan yang bertaqwa.

Adik Muhammad Hariz Izzudin berpakaian serba putih dan berkopiah


Terima kasih juga kepada bapanya, Encik Afifee yang sudi berkongsi sambutan ini bersama jemaah surau dengan mengadakan menjamuan.

03 September 2009



STATUS KEMAJUAN PEMBINAAN SURAU AL-MUSTAQIM

Pembinaan Surau Al-Mustaqim telah dihentikan buat sementara waktu kerana kekurangan dana. Jumlah dana yang terkumpul sebelum Ramadhan telah digunakan sebaik mungkin untuk menyiapkan bahagian-bahagian yang sangat diperlukan untuk aktiviti di bulan ramadhan khususnya solat terawih iaitu peralatan asas dewan solat muslimin seperti tempat wudhuk (sementara), wiring, kipas, lampu, tingkap, sliding door, cat dan pembesar suara serta menyiapkan dewan solat muslimah. Bagaimanapun, hasrat pihak surau untuk menyiapkan tandas tidak kesampaian kerana kekurangan dana. Justeru itu, pihak surau memfokuskan pada bulan ramadhan ini untuk mengumpul kembali dana bagi menyiapkan surau ini.

Surau Al-Mustaqim

Dewan Solat Muslimin


Dewan Solat Muslimah

Pembinaan tandas dan tempat wudhuk yang tergendala

05 August 2009

Sumbangan yang diperlukan untuk Bangunan Tetap Surau Al-Mustaqim

Seperti mana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat pada 16.7.2009, operasi surau al-Mustaqim akan dipindahkan ke bangunan tetap selewat-lewatnya sebelum bulan Ramadhan. Bagaimanapun beberapa keperluan asas perlu diselesaikan segera. Berikut adalah keperluan-keperluan yang diperlukan di surau tetap Al-Mustaqim pada masa ini bagi membolehkan ia digunakan pada bulan Ramadhan nanti. Keperluan-keperluan ini adalah berdasarkan keutamaam untuk menyiapkan tingkat bawah surau. Dinyatakan juga bilangan sumbangan yang telah diterima setakat 5.08.2009.

Anggaran Item Diperlukan
Bil. Diperlukan
Harga per Item* (RM)
Bil. Sumbangan** Diterima (5.08.09)
Baki Item Diperlukan
Tiang Bangunan (Bhg. belakang surau bawah-atas)
38 batang
450
28
10
Tingkap (Bhg. hadapan surau)
24 panel
180/panel
10
14
Sliding Door (Bhg. hadapan surau)
6 panel (2 buah pintu)
320/panel
3
3
Kipas (Bhg. hadapan)
8
130*
5
3
Lampu Kalimantang
20
12/unit
20
0
Simen
120
16/beg
43
77
Batu-bata
16
130/pallete
7
9
Pasir
2
410/lori
0
0
*Harga yang dinyatakan adalah anggaran pihak kontraktor yang dilantik.
** Bilangan yang telah dimaklumkan secara lisan oleh penderma-penderma kepada Cikgu Zuraimi.


Justeru itu, kepada sesiapa yang berminat dan bermurah hati untuk menyumbang silalah berhubung dengan AJK yang telah dilantik oleh pihak surau di bawah;

EN. ZAMROS B. RADZI......................... 019-5665299

EN. AZMI B. SAHARI…………………....... 016-3739402
EN. ABD MALIK B. JUMAAT…………… 016-3784871
EN. MOHD NASIR B. ABD SAMAD….....019-6639672
EN. AMIN................................................019-3749475
CIKGU ZURAIMI B. AHMAD……..........019-3372917


30 July 2009

Kemajuan Pembinaan Surau Al-Mustaqim sehingga 30.7.2009

Kerja-kerja mengecat dan 'wiring' bahagian hadapan bangunan surau.



Kerja-kerja mendirikan tiang-tiang tingkat bawah bahagian belakang bangunan surau.