16 December 2008

TAPAK SURAU AL MUSTAQIM SAUJANA UTAMA


haa, kalau nak tahu, inilah dia tapak surau al Mustaqim yang digazetkan. Di atas tapak inilah sama2 kita akan bina surau Al Mustaqim yang mudah-mudahan menjadi mercu tanda ukhuwah atau Ramzul Mahabbah sekelian usrah mustaqim. Menerusi misi dan visi suci ini, ayuh kita berganding bahu dan tenaga mengaktifkan saham akhirat kita demi mencapai keredhaan Allah. Amin.

1 comment:

hanafi said...

salam....saya sekadar memberikan pandangan....

memandangkan surau kita sekarang ini dalam keadaan yang sangat uzur saya mencadangkan perkara seperti berikut:
1. bina surau di atas tapak sediada dengan menggunakan kaedah pembinaan 'light weight construction' menggunakan material yang murah, tahan, dan sebagainya.

2. antara faedah adalah seperti berikut:

a. tidak memerlukan kos sub structure yang tinggi,
b. dapat memberikan suasanan yang selesa daripada surau sekarang ini.
c. kaedah pembinaan yang cepat.
d. penjimatan kos tanpa kita perlu menunggu sehingga kutipan mencapai target yang disasarkan untuk pembinaan konvensional.
e. disamping kta menunggu kos untuk pembinaan konvensional yang tidak tahu bila akan cukup mungkin boleh dipertimbangkan untuk kaedah pembinaan ini, yang mungkin tidak dapat mencapai cadangan rekabentuk sedia ada, tapai sekurang-kurangnya ia lebih selesa daripada bangunan surau sediada.

3. jika perlu maklumat atau gambaran lebih lanjut mungkin kita boleh buat satu mesyuarat untuk pembentangan yang lebih terperinci tentang kaedah pembinaan tersebut dan kita akan dapat menerima maklumbalas daripada seluruh ahli surau.....

sekadar pandangan ikhlas...dan amat berharap maklumbalas dari orang ramai demi kesejahteraan surau kita....

MOHD HANAFI MOGHNI
MAPLE SU1......
012-694 4826