03 September 2009



STATUS KEMAJUAN PEMBINAAN SURAU AL-MUSTAQIM

Pembinaan Surau Al-Mustaqim telah dihentikan buat sementara waktu kerana kekurangan dana. Jumlah dana yang terkumpul sebelum Ramadhan telah digunakan sebaik mungkin untuk menyiapkan bahagian-bahagian yang sangat diperlukan untuk aktiviti di bulan ramadhan khususnya solat terawih iaitu peralatan asas dewan solat muslimin seperti tempat wudhuk (sementara), wiring, kipas, lampu, tingkap, sliding door, cat dan pembesar suara serta menyiapkan dewan solat muslimah. Bagaimanapun, hasrat pihak surau untuk menyiapkan tandas tidak kesampaian kerana kekurangan dana. Justeru itu, pihak surau memfokuskan pada bulan ramadhan ini untuk mengumpul kembali dana bagi menyiapkan surau ini.

Surau Al-Mustaqim

Dewan Solat Muslimin


Dewan Solat Muslimah

Pembinaan tandas dan tempat wudhuk yang tergendala

05 August 2009

Sumbangan yang diperlukan untuk Bangunan Tetap Surau Al-Mustaqim

Seperti mana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat pada 16.7.2009, operasi surau al-Mustaqim akan dipindahkan ke bangunan tetap selewat-lewatnya sebelum bulan Ramadhan. Bagaimanapun beberapa keperluan asas perlu diselesaikan segera. Berikut adalah keperluan-keperluan yang diperlukan di surau tetap Al-Mustaqim pada masa ini bagi membolehkan ia digunakan pada bulan Ramadhan nanti. Keperluan-keperluan ini adalah berdasarkan keutamaam untuk menyiapkan tingkat bawah surau. Dinyatakan juga bilangan sumbangan yang telah diterima setakat 5.08.2009.

Anggaran Item Diperlukan
Bil. Diperlukan
Harga per Item* (RM)
Bil. Sumbangan** Diterima (5.08.09)
Baki Item Diperlukan
Tiang Bangunan (Bhg. belakang surau bawah-atas)
38 batang
450
28
10
Tingkap (Bhg. hadapan surau)
24 panel
180/panel
10
14
Sliding Door (Bhg. hadapan surau)
6 panel (2 buah pintu)
320/panel
3
3
Kipas (Bhg. hadapan)
8
130*
5
3
Lampu Kalimantang
20
12/unit
20
0
Simen
120
16/beg
43
77
Batu-bata
16
130/pallete
7
9
Pasir
2
410/lori
0
0
*Harga yang dinyatakan adalah anggaran pihak kontraktor yang dilantik.
** Bilangan yang telah dimaklumkan secara lisan oleh penderma-penderma kepada Cikgu Zuraimi.


Justeru itu, kepada sesiapa yang berminat dan bermurah hati untuk menyumbang silalah berhubung dengan AJK yang telah dilantik oleh pihak surau di bawah;

EN. ZAMROS B. RADZI......................... 019-5665299

EN. AZMI B. SAHARI…………………....... 016-3739402
EN. ABD MALIK B. JUMAAT…………… 016-3784871
EN. MOHD NASIR B. ABD SAMAD….....019-6639672
EN. AMIN................................................019-3749475
CIKGU ZURAIMI B. AHMAD……..........019-3372917