03 September 2009



STATUS KEMAJUAN PEMBINAAN SURAU AL-MUSTAQIM

Pembinaan Surau Al-Mustaqim telah dihentikan buat sementara waktu kerana kekurangan dana. Jumlah dana yang terkumpul sebelum Ramadhan telah digunakan sebaik mungkin untuk menyiapkan bahagian-bahagian yang sangat diperlukan untuk aktiviti di bulan ramadhan khususnya solat terawih iaitu peralatan asas dewan solat muslimin seperti tempat wudhuk (sementara), wiring, kipas, lampu, tingkap, sliding door, cat dan pembesar suara serta menyiapkan dewan solat muslimah. Bagaimanapun, hasrat pihak surau untuk menyiapkan tandas tidak kesampaian kerana kekurangan dana. Justeru itu, pihak surau memfokuskan pada bulan ramadhan ini untuk mengumpul kembali dana bagi menyiapkan surau ini.

Surau Al-Mustaqim

Dewan Solat Muslimin


Dewan Solat Muslimah

Pembinaan tandas dan tempat wudhuk yang tergendala