23 February 2009

Intipati Kuliah Suboh-22/2/2009, Ustaz Amal

Lima Permohonan Dalam Doa Qunut kepada Allah SWT

1. Mohon HIDAYAH
2. Mohon KESIHATAN
3. Mohon PIMPINAN
4. Mohon KEBERKATAN
5. Mohon PERLINDUNGAN/KESELAMATAN


Lima Bacaan Tartil Al-Quran

1. Baca dengan LANCAR
2. Baca dengan TAJWID
3. Baca dengan LIDAH/SEBUTAN ARAB
4. Baca dengan BERLAGU (menepati syarak)
5. Baca dengan MENGHAYATI


"4 Keadaan yang baik TETAPI ada 4 Keadaan yang lebih baik"; Kata-kata Hukamah.

1. Sifat malu pada lelaki itu adalah baik.
Sifat malu lebih baik jika ada pada kaum wanita.

2. Sifat adil & saksama itu baik untuk semua orang.
Sifat adil & saksama di kalangan para pemimpin itu lebih baik.

3. Taubat di kalangan orang tua itu baik.
Taubat di kalangan orang muda itu lebih baik.

4. Sifat pemurah dari orang kaya itu baik.
Sifat pemurah dari orang fakir itu lebihlah baik.

20 February 2009


MAJLIS BACAAN YASIN, DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN PADA 19/2/2009

Lanjutan kepada sumbangan 'Hamba Allah' sebanyak RM 50,000.00 kepada tabung pembinaan Surau tetap Al-Mustaqim satu Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Kesyukuran telah diadakan selepas Solat Maghrib. Majlis ini diketuai oleh Hj. Ibrahim (Imam) dan En. Zamros (Pengerusi Pembinaan Surau). Manakala jamuan makan disumbangkan oleh Pak Yob. Semoga Allah akan membalas jasa baik 'Hamba Allah' yang sudi menyumbang bagi menyuburkan syariat islam terutamanya di kawasan kami. Kepada semua yang terlibat terutamanya penyumbang-penyumbang jamuan, semoga Allah merahmati dan memurahkan rezeki kalian...amin.

Hj Ibrahim dan En. Zamros mengetuai majlis.





Pak Yob

15 February 2009

Ustaz Malik (Bendahari Surau Al Mustaqim / Pembangunan)

SLAMAT BERTUGAS

Moderator Blog Surau Al Mustaqim mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada seluruh AJK Surau Al Mustaqim bagi sessi 2009/2010. Insya Allah maklumat, no telefon dan foto sekelian AJK yang telah dilantik akan dipaparkan di dalam blog rasmi surau ini secara beperingkat-peringkat bagi manfaat sekelian ahli jamaah dan qaryah..

Akan Kami Kenang Sampai Bila-bila

Seluruh ajk dan jamaah surau Al Mustaqim, Saujana Utama, Sg Buloh, mengucapkan jazakumullahu khairan kathiran kepada sdr penderma "Hamba Allah' yang telah mendermakan (menyumbangkan) sebanyak rm 50,000 ke tabung pembinaan surau al Mustaqim 13/2 Jumaat lalu. Sumbangan dan kemurahan hati tuan itu sangat kami hargai dan kami akan kenang sampai bila-bila. Semoga Allah swt merahmati tuan memanjangkan usia tuan di dalam ketaatan dan memurahkan rezeki tuan sekeluarga. Semuga jariah tuan berpanjangan dari dunia sampai akhirat. Terimakasih sekali lagi dari kami.