26 January 2009

Khutbah Gerhana 26.01.2009

Sidang jamaah yang dirahmati Allah s.w.t,

Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar takwa, iaitu beristiqomah dalam mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Dengan yang demikian,mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik serta mendapat keredhaan Allah s.w.t didunia dan di akhirat.

Allah s.w.t maha berkuasa dan maha mengetahui akan segala kejadian.Dialah juga yang menjadikan apa yang ada dibumi seperti manusia,jin,tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta menjadikan apa yang ada dilangit seperti bulan,matahari dan sebagainya. Allah menjadikan itu semua sebagai bukti yang nyata tentang kudrat, iradat, ilmu serta nikmat dari Allah s.w.t yang tiada terhingga,agar dengan itu, semua makhluknya akan memuji dan bersyukur kepadanya serta mengabadikan diri sebagai hamba dengan khusyuk dan tawadhuk kepada Allah s.w.t.

Sidang jamaah sekalian,

Umat islam wajib percaya dengan penuh yakin bahawa Allah s.w.t adalah penguasa alam semesta. Segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan sains adalah dibawah kekuasaan allah s.w.t. Dialah yang menggerakkan peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari silih berganti. Matahari beredar diwaktu siang. Manakala bulan beredar diwaktu malam. Semuanya mengandungi hikmah dan tujuannya yang tersendiri,maha suci Allah yang mengatur sekalian alam ini. Firman allah s.w.t didalam surah ibrahim ayat 33:

"Dan dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar (untuk kepentingan hidup kamu) dan yang memudahkan malam (dengan keheningannya supaya dapat beristirehat) dan siang (untuk mencari rezeki)".

Sidang jamaah sekalian,

Sesungguhnya allah menjadikan malam dan siang adalah sebagai tanda dan bukti kekuasaannya, kedua-duanya (malam dan siang) akan mengakibatkan perubahan dan perbezaan cuaca,masa dan waktu.

Firman allah s.w.t didalam surah Ali-Imran ayat 190:" Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan,kebujaksanaan dan keluasan rahmat allah) bagi orang yang berakal".

Begitulah juga dengan kejadian gerhana, samada gerhana matahari atau gerhana bulan. Gerhana itu ialah suatu matahari atau gerhana bulan. Gerhana itu ialah suatu perubahan,suatu kejadian,suatu keagungan dan kebesaran tuhan yang terjadi pada matahari dan bulan,dimana kejadian ini adalah sebahagian tanda kekuasaan allah subhanahu wataala.

Hari ini kita bertemu lagi dengan satu penciptaan allah yang maha agung,iaitu gerhana matahari. Dimana gerhana matahari bakal menyaksikan bulan akan melindungi cahaya matahari daripada sampai kebumi.

Sidang jamaah sekalian,

Islam melihat kejadian ini sebagai satu tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah yang diperlihatkan kepada manusia. Para ulamak bersepakat bahawa disunatkan untuk mendirikan solat sunat yang dinamakan solat sunat Khusyuful shamsi atau solat sunat gerhana.

Menurut Syeikh Muhammad bin Umar bin salimil bazmul, solat gerhana hukumnya adalah sunat muakkad,maka disunatkan bagi muslimin dan muslimat untuk mengerjakannya.Perkara ini disandarkan melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan muslim dalam sahsiahnya yang bermaksud:

Daripada Aisyah r.a dia bercerita bahawa pada zaman Rasulullah terjadi gerhana matahari,lalu baginda mengerjakan solat bersama orang ramai. Maka baginda berdiri dan memanjangkan waktu berdiri, lalu baginda rukuk dan memanjangkannya. Kemudian baginda berdiri lagi dan memanjangkannya (berdiri yang kedua ini tidak selama berdiri pertama). Setelah itu,baginda rukuk dan memanjangkan rukuk. Rukuknya pada kali ini lebih pendek dari rukuk pertama. Seterusnya baginda sujud dan memanjangkannya. Kemudian baginda mengerjakan pada rakaat kedua seperti apa yang baginda lakukan pada rakaat pertama. Setelah itu baginda balik ketika matahari telah muncul. Lalu baginda memberikan khutbah kepada orang ramai. Baginda memanjatkan pujian dan sanjungan kepada allah. Setelah itu baginda bersabda:

"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta besembahyanglah".

Sebenarnya fenomena gerhana adalah merupakan peringatan kepada manusia tentang kekuasaan allah yang menurunkan azab dan nikmat yang dijanjikan Allah s.w.t pada hambanya, kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman mahu pun sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini, tetapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi s.a.w yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.

Selain daripada menakutkan para hambanya,menurut imam Ibrahim al-Baijuri, antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan allah. Jika kedua-duanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka,nescaya akan menjaga dirinya daripada kekurangan,lalu mengapakah cahanya boleh hilang seketika?.

Para jemaah sekalian,

Apabila terjadi gerhana,kita sebagai umat islam adalah dianjurkan oleh rasulullah s.a.w supaya bersegera melakukan amalan-amalan kebajikan seperti berdoa, berzikir, bersolat, bertakbir, bersedekah dan beristhigfar. Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Daripada Aisyah r.a ia berkata : Sabda Rasulullah s.a.w: maka apabila kamu melihat gerhana itu,maka berdoalah kamu kepada Allah s.w.t serta berzikir,bersolat dan bersedekah".

(Riwayat al-Bukhari)

Oleh kerana itu, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ketika terjadi gerhana bulan ini untuk segera bertaubat atas segala dosa yang telah kita lakukan serta memperbanyakkan doa dan istighfar memohon keampunan kehadrat Allah s.w.t.

Disamping itu, marilah kita melakukan amal soleh dan menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara munkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bertentangan dengan ajaran islam. Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, menambahkan dan menguatkan lagi keimanan serta ketakwaan kita kepada Allah s.w.t Amin yarabbal alamin.

"Allah jualah yang memiliki kuasa pemerintahan langit dan bumi serta allah maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang,ada tanda-tanda (kekuasaan,kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal . (Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati allah semasa mereka berdiri,duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memiliki tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):"Wahai tuhan kami!, tidaklah engkau menjadikan kesemua ini dengan sia-sia. Maha suci engkau,maka peliharalah kami daripada azab neraka".

(Ali -Imran ayat 189-191)

18 January 2009

UCAPAN TAKZIAH DARI SEKELIAN JAMA'AH AL MUSTAQIM

SELURUH AJK, JAMA'AH DAN USRAH SURAU AL MUSTAQIM BERHARAP SDR KAMARUL ARIFIN DAPAT BERSABAR DAB REDHA DI ATAS KEMBALINYA AYAHNDA BELIAU, TN HJ SO'OD KE RAHMATULLAH PADA HARI JUMAAT 16 JAN 2009 JAM 9 PAGI. DI DOAKAN AGAR RUH AL MARHUM MENDAPAT RAHMAT DAN KEAMPUNAN ALLAH SERTA DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLIHIN.

11 January 2009

Sambutan 'Idul Adha 1429 H




Sambutan 'Idul Adha 1429 H Surau Al Mustaqim bertambah serinya lagi dengan penyertaan Dr Zulfaqar 'pemilik Klinik balqis'. terimakasih Dr.

Solat 'Idul Adha 1429 H



Solat 'Idul Adha 1429 H : Bilal bertugas, sdr Ahmad Nasron kelihatan segak sekali dengan padanan sut baju Melayu Birunya.

Become Bullets

“Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine.. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression.” -Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

Apartheid is a crime against humanity. Israel has deprived millions of Palestinians of their liberty and property. It has perpetuated a system of gross racial discrimination and inequality. It has systematically incarcerated and tortured thousands of Palestinians, contrary to the rules of international law. It has, in particular, waged a war against a civilian population, in particular children.Nelson Mandela

ACARA MELAPAH DAN MEMOTONG DAGING QURBAN 1429 h







SEMOGA SEMANGAT MUAFAKAT DAN GOTONG ROYONG YG TERJALIN AKAN BERKEKALAN SAMPAI BILA-BILA.

SEMOGA DITERIMA ALLAH SEADANYA - QURBAN 1429 H







YG SAMPAI KEPADA ALLAH BUKAN DARAH ATAU DAGINGNYA. YG HANYA SAMPAI KEPADA ALLAH DAN DINILIANNYA SEBAGAI WASILAH TAQARRUB KEPADANYA ADALAH JIWA TAQWA YG ADA DI DALAM SETIAP JIWA PARA PESERTA QURBAN KITA.

LEMBU2 UTK PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH 1429 h ANJURAN SURAU AL MUSTAQIM





10 January 2009

TUAN IMAM - USTAZ IBRAHIM



Inilah penyeri dan pencetus suasana surau Mustqaim. Cintanya kepada surau dan aktiviti keagamaan terserlah sekali. Semoga Allah sentiasa merahmati tuam Imam kita dan memanjangkan usianya di dalam 'afiah dan kesejahteraan.

Doa Untuk Saudara-saudara Kita di Gazza

07 January 2009

Anda menyumbang ke Israel?

Kepada para perokok. Tahukah anda , anda sebenarnya membantu membakar rumah-rumah rakyat Palestin setiap kali anda menyedut asap rokok. Tahukah anda pembuat rokok terbesar di dunia iaitu Philip Morris adalah penyumbang utama negara haram Israel.

Antara jenama rokok yang dikeluarkan oleh syarikat Philip Morris ialah Marlboro, Alpine, Basic, Benson & Hedges, Bristol, Cambridge, Chesterfield, Merit, Parliament, dan Virginia Slims

TAK NAK ROKOK DEMI RAKYAT PALESTIN !

HENTI ROKOK DEMI ANAK-ANAK ANDA !

SUASANA DI PAGI RAYA







setelah solat sunat Aidhul Adha, jamaah al mustaqim
seisi keluarga khusyuk mendengarkan khutbah
yang disampaikan oleh ust amal.

01 January 2009

KUNJUNGAN ZIARAH DAN TAKBIR KE RUMAH EN ZAMRUS DAN RUMAH EN NASIR




SUASANA MLM 'EIDUL ADHA JAMAAH MUSTAQIM 1429 H




Jalan.., jgn tak jalan. Suasana mlm raya haji yg sungguh indah dan berseri dengan laungan takbir memnuji dan membesarkan Allah rabbul 'Izzati. Mlm tu kami berziarah dan bertakbir di rumah e zamrus, en Nasir, Cikgu zuraimi dan Che Din Maple. Terimakasih pd keempat2 tuan rmh yg budiman.