Assalamualaikum,
Ketibaan bulan Ramadhan 1431H/2010M tidak lama, sebagaimana lazimnya setiap tahun AJK Surau Al-Mustaqim menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak ini dengan mengadakan beberapa aktiviti dengan tujuan untuk mengimarahkan syiar Ramadhan khususnya untuk ahli-ahli qariah.
Untuk makluman, pihak surau telah merancang beberapa aktiviti sepanjang bulan Ramadhan nanti. Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan adalah seperti berikut;
a. Solat Sunat Terawih (8 rakaat)/Witir (3 rakaat) oleh Imam Tahfiz jemputan
b. Tazkirah Ramadhan oleh Pentazkirah Jemputan (jadual tazkirah sila rujuk lampiran)
c. Majlis Berbuka Puasa anjuran Surau Al-Mustaqim
d. Majlis Tadarus Al-Quran
e. Doa Arwah & Tahlil khusus untuk ahli jemaah yang berhajat
Justeru itu, marilah bersama-sama kita mengimarahkan surau yang kita cintai ini dengan amal ibadah yang berlipat kali ganda dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Ikhlas,
Ahli Jawatankuasa Surau Al-Mustaqim.
No comments:
Post a Comment