Showing posts with label Usrah. Show all posts
Showing posts with label Usrah. Show all posts

25 June 2010

WASIAT RASULULLAH S.A.W. KEPADA SAIDINA ALI

“Wahai Ali, bagi orang MUKMIN itu ada tiga (3) tanda;
1. TIDAK terpaut hatinya kepada harta benda dunia,
2. TIDAK terpesona dengan pujuk rayu wanita,
3. BENCI terhadap perbualan dan perkataan yang sia-sia.”

“Wahai Ali, bagi orang yang ALIM itu ada tiga (3) tanda;
1. JUJUR dalam berkata-kata,
2. MENJAUHI segala yang haram,
3. MERENDAHKAN diri.”

“Wahai Ali, bagi orang yang BERTAQWA ada tiga (3) tanda;
1. TAKUT berlaku dusta dan keji,
2. MENJAUHI kejahatan,
3. MEMOHON yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.”

“Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR ada tiga (3) tanda;
1. MERAHSIAKAN ibadahnya,
2. MERAHSIAKAN sedekahnya,
3. MERAHSIAKAN ujian yang menimpanya.”

“Wahai Ali, bagi ahli IBADAH ada tiga (3) tanda;
1. MENGAWASI dirinya,
2. MENGHISAB dirinya,
3. MEMPERBANYAKAN ibadah kepada Allah SWT.”

22 May 2010

Risalah_Kegunaan Akal

KEGUNAAN AKAL

(Petikan dari Buku “Falsafah Hidup” oleh Profesor Dr. Hamka)

 


Akal adalah alat untuk berfikir, dialah hulu nikmat. Lantaran akal datang taklif perintah agama. Di dalam agama barulah sah perintah dipikulkan bila seseorang telah mempunyai akal. Tidaklah terpikul agama oleh seseorang gila atau anak-anak yang belum berakal. Untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat, ialah dengan melalui jambatan akal. Dengan akal meningkat tangga mengenal tuhan dan dengan akal di atur rahsia pendirian alam. Diberikan-Nya kepada hamba-hamba-Nya seorang satu. Kalau mereka pandai menggunakannya, bergunalah mereka pada waktu hidup sampai ke mati. Dengan akal membongkar rahsia yang tersembunyi, dengan akal terbuka hijab yang tertutup.

 

Datang seorang lelaki, dari suku Bani Majasyi menghadap Rasullullah SAW lalu dia berkata; “Ya Rasullullah, bukankah hamba seorang yang terutama di dalam kaumku?” Rasullullah SAW menjawab; “Jikalau ada engkau berakal, maka utamalah engkau, jika ada engkau sopan maka budimanlah engkau, jika ada engkau berharta maka disukailah engkau, dan jika ada engkau taqwa maka beragamalah engkau”.

 

Pernah Jibril datang kepada Nabi Adam, lalu disuruh pilih di antara tiga perkara iaitu pertama: Akal, kedua: Malu dan ketiga: Agama; lalu dipilih Nabi Adam ialah Akal. Maka berkata Jibril kepada Malu dan Agama, “Pulanglah engkau keduanya kerana telah dipilih Akal”.  Lalu keduanya menjawab “Disuruh pulang atau tidak, kalau Akal telah dipilihnya, tidaklah dapat kami berdua meninggalnya, sebab kami berdua ini adalah pengiring Akal”.

 

Menurut riwayat, Anas pernah dipuji-puji orang sebagai seorang sahabat yang dekat dengan Rasullullah SAW, dipuji ibadatnya, dipuji perangainya, dipuji keimanannya, adab dan sopannya. Tetapi Rasullullah SAW tiada mempedulikan pujian-pujian itu, beliau hanya bertanya “Bagaimanakah Akalnya?” Lalu mereka menjawab, “Kami sebut segala macam kelebihannya, tetapi Rasullullah SAW tanya juga akalnya”. Maka Rasullullah SAW menjawab “Sesungguhnya orang yang bodoh tetapi rajin beribadat telah tertimpa bahaya lantaran bodohnya lebih besar daripada bahaya yang menimpa lantaran kejahatan orang yang durjana. Yang mengangkat manusia kepada darjat dekat kepada Tuhan ialah menurut kadar Akal mereka jua”.

 

Dalam diri manusia ada 3 kekuatan;

1.              Kekuatan AKAL

Kekuatan AKAL membawa orang kepada hakikat menjauhkan daripada yang batil, tunduk kepada hokum-hukum Allah, menerima perintah dan menjauhi larangan.

 

2.              Kekuatan MARAH

Kekuatan MARAH, itulah yang menyuruh menangkis dan bertahan, mengajak mencapai kekuasaan dan kemenangan dan kadang-kadang menyuruh bangga, sombong dan takbur.

 

3.              Kekuatan SYAHWAT (nafsu)

Kekuatan SYAHWAT, yang mengajak melepaskan kehendak hati mencapai kelazatan, menyuruh lalai, menyuruh perkara-perkara yang melalaikan sehingga lupa memikirkan akibatnya.

 

Seorang ahli ilmu jiwa (psikologi) yang terkenal, Dr. Amir berkata, “Bahawa saya perasan, Syahwat (nafsu) dan Marah adalah laksana kuda yang berlari dan Akal laksana kusir (penunggang) yang memegang kekangnya”.

 


20 March 2010

Majlis Pernikahan Anak En. Arshad B. Achil (Pak Chat) di Surau Al-Mustaqim

Buat pertama kalinya majlis akad nikah telah diadakan di Surau Al-Mustaqim. Majlis akad nikah anak lelaki En. Arshad B. Achil atau lebih dikenali sebagai Pak Chat telah diadakan pada 20.3.2010 selepas solat Isyak. Semoga pasangan pengantin berbahagia dan kekal ke akhir hayat...



19 March 2010

Majlis Penghargaan & Perpisahan En. Zulkifli (Zul Rambo)

Majlis mengenang jasa En. Zulkifli yang akan berpindah ke Perak. Beliau banyak melapangkan masa, tenaga dan wang terhadap surau. Selamat Maju Jaya..Jasamu tetap dikenang.


01 April 2009

MAJLIS CUKUR JAMBUL MOHD ANAF AZIB B. JAILANI PADA 28 MAC 2009

Pada 17 Mac 2009, isteri sahabat kita iaitu saudara Jailani telah selamat melahirkan anak lelaki yang bernama Mohd Anaf Azib B. Jailani. Sehubungan itu, satu majlis cukur jambul dan bertakhnik telah diadakan pada 28 Mac 2009 di Surau Al-Mustaqim. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ustaz Saiful setelah selesai kuliah mingguan beliau iaitu selepas solat Isyak. Tahinah!!!Mohd Anaf Azib B. Jailani
Encik Jailani mendukung anaknya

Ustaz Saiful mencukur jambul Mohd Anaf Azib

24 January 2009

10 January 2009

TUAN IMAM - USTAZ IBRAHIM



Inilah penyeri dan pencetus suasana surau Mustqaim. Cintanya kepada surau dan aktiviti keagamaan terserlah sekali. Semoga Allah sentiasa merahmati tuam Imam kita dan memanjangkan usianya di dalam 'afiah dan kesejahteraan.

13 December 2008

Hj Badrul Hisyam



Kalau nak kenal, inilah dia Setiausaha surau Al Mustaqim, Saujana Utama. Kira orang kuat laa. Hj Bad @ Hj Syam ni orang seni. Iklan-iklan surau Al Mustaqim, Hj Badlah yang sediakan. Adik-adik peminat majalah asuh juga tentu kenalkan. Inilah dia pakcik Bad, penulis dan pelukis cerita Syaitan kat dalam majalah Asuh.