17 October 2010
04 October 2010
10 September 2010
09 September 2010
Majlis Sumbangan Aidilfitri 1431H/2010M
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H/2010M
28 August 2010
18 August 2010
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H/2010M
02 August 2010
31 July 2010
11 July 2010
05 July 2010
25 June 2010
26 May 2010
Notis Ceramah Umum 4 2010
22 May 2010
Risalah_Kegunaan Akal
KEGUNAAN AKAL
(Petikan dari Buku “Falsafah Hidup” oleh Profesor Dr. Hamka)
Akal adalah alat untuk berfikir, dialah hulu nikmat. Lantaran akal datang taklif perintah agama. Di dalam agama barulah sah perintah dipikulkan bila seseorang telah mempunyai akal. Tidaklah terpikul agama oleh seseorang gila atau anak-anak yang belum berakal. Untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat, ialah dengan melalui jambatan akal. Dengan akal meningkat tangga mengenal tuhan dan dengan akal di atur rahsia pendirian alam. Diberikan-Nya kepada hamba-hamba-Nya seorang satu. Kalau mereka pandai menggunakannya, bergunalah mereka pada waktu hidup sampai ke mati. Dengan akal membongkar rahsia yang tersembunyi, dengan akal terbuka hijab yang tertutup.
Datang seorang lelaki, dari suku Bani Majasyi menghadap Rasullullah SAW lalu dia berkata; “Ya Rasullullah, bukankah hamba seorang yang terutama di dalam kaumku?” Rasullullah SAW menjawab; “Jikalau ada engkau berakal, maka utamalah engkau, jika ada engkau sopan maka budimanlah engkau, jika ada engkau berharta maka disukailah engkau, dan jika ada engkau taqwa maka beragamalah engkau”.
Pernah Jibril datang kepada Nabi Adam, lalu disuruh pilih di antara tiga perkara iaitu pertama: Akal, kedua: Malu dan ketiga: Agama; lalu dipilih Nabi Adam ialah Akal. Maka berkata Jibril kepada Malu dan Agama, “Pulanglah engkau keduanya kerana telah dipilih Akal”. Lalu keduanya menjawab “Disuruh pulang atau tidak, kalau Akal telah dipilihnya, tidaklah dapat kami berdua meninggalnya, sebab kami berdua ini adalah pengiring Akal”.
Menurut riwayat, Anas pernah dipuji-puji orang sebagai seorang sahabat yang dekat dengan Rasullullah SAW, dipuji ibadatnya, dipuji perangainya, dipuji keimanannya, adab dan sopannya. Tetapi Rasullullah SAW tiada mempedulikan pujian-pujian itu, beliau hanya bertanya “Bagaimanakah Akalnya?” Lalu mereka menjawab, “Kami sebut segala macam kelebihannya, tetapi Rasullullah SAW tanya juga akalnya”. Maka Rasullullah SAW menjawab “Sesungguhnya orang yang bodoh tetapi rajin beribadat telah tertimpa bahaya lantaran bodohnya lebih besar daripada bahaya yang menimpa lantaran kejahatan orang yang durjana. Yang mengangkat manusia kepada darjat dekat kepada Tuhan ialah menurut kadar Akal mereka jua”.
Dalam diri manusia ada 3 kekuatan;
1. Kekuatan AKAL
Kekuatan AKAL membawa orang kepada hakikat menjauhkan daripada yang batil, tunduk kepada hokum-hukum Allah, menerima perintah dan menjauhi larangan.
2. Kekuatan MARAH
Kekuatan MARAH, itulah yang menyuruh menangkis dan bertahan, mengajak mencapai kekuasaan dan kemenangan dan kadang-kadang menyuruh bangga, sombong dan takbur.
3. Kekuatan SYAHWAT (nafsu)
Kekuatan SYAHWAT, yang mengajak melepaskan kehendak hati mencapai kelazatan, menyuruh lalai, menyuruh perkara-perkara yang melalaikan sehingga lupa memikirkan akibatnya.
Seorang ahli ilmu jiwa (psikologi) yang terkenal, Dr. Amir berkata, “Bahawa saya perasan, Syahwat (nafsu) dan Marah adalah laksana kuda yang berlari dan Akal laksana kusir (penunggang) yang memegang kekangnya”.
21 May 2010
Kecurian di Surau Al-Mustaqim
17 May 2010
Ceramah Umum Bil. 3/2010 oleh Ustaz Kamarul Zaman B. Noor Mohamed
15 May 2010
bagi merai kecemerlangan pelajar-pelajar UPSR, PMR, SPM 2009 & akan melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tempatan Awam (IPTA) 2010
TARIKH:
27 MEI 2010 (KHAMIS)
MASA:
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
Pihak surau Al-Mustaqim mengalu-alukan para pelajar di kalangan anak kariah (Kejiranan Maple, Apartment Iris & Jalan Lili SAHAJA) untuk mendaftar diri bagi dirai dan menerima cenderahati dari pihak surau di atas kejayaan yang diperolehi.
SYARAT-SYARAT:
- Para pelajar mendapat minimum 3A (UPSR), 5A (PMR) & 5A (SPM) dalam peperiksaan berkaitan padatahun 2009.
- Para pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi kemasukan 2010 SAHAJA.
- Tarikh Tutup Pendaftaran : 26 MEI 2010
Borang penyertaan boleh didapati di Surau Al-Mustaqim. Maklmumat lanjut sila hubungi Hj. Ibrahim (0173579478)/ En. Zuraimi (0193372917)/ En. Shafie (0132171353)/ En. Arif (0123483439)/ En. Arshad (0129106343)
SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!
(Keluarga pelajar yang dirai digalakkan hadir bersama di dalam majlis ini)